Malam raya baru nak sentuh.
Tapi iyelah, waktu berpuasa itu hari tak ada apa yang menarik pun.
Alhamdulillah, selesai sudah Ramadhan.
Walaupun tak berpuas hati macam singkat sangat puasa kali ni.
Menjelang raya yang bakal tiba esok, moga kita fahami dahulu
apakah maksud 'Aidilfitri, bukannya tujuan raya suka-suka ikut adat.
'Aidilfitri merupakan sambutan ibadah, untuk berterima kasih kepada
Allah kerana telah memilih kita dan mengurniakan kita sebulan yang
khusus untuk pahala dan rahmat. Sebab itulah adanya hari raya, untuk
kita rayakan tanda terima kasih kita.
Maka jangan pula kita cemarkan terima kasih kita dengan beberapa
kesilapan umum sewaktu raya sebagaimana tahun-tahun lepas:
1 - Solat fardhu jangan ditinggalkan semata-mata nak beraya. Jika kita
buat sebegitu, itu tandanya kita tak dapat apa-apa daripada Ramadhan!
2 - Aurat perlu dijaga. Kalau sewaktu Ramadhan kita boleh hampir
masa berpakaian sopan tutup aurat, mengapa sewaktu Syawal tidak?
Bagi lelaki, biasanya tak ada masalah sangat bab aurat. Perempuan
biasanya ada la yang berkilau-kilau, mekap tebal, baju sendat-sendat,
tudung lekat-lekat, kaki terdedah stokin tak pakai.
Maaflah, ini bukannya komen gender bias.
Saya cuma taknak anda semua buat perkara yang anda tak tahu itu salah.
3 - Bukan setakat aurat, pergaulan pun kena diperhatikan. Walaupun
anda bergelar saudara, itu bukannya lesen untuk bersalam-salaman.
Yang anda boleh salam hanya adik-beradik dan pakcik makcik yang
berhubungan darah dengan ibu bapa anda.
Abang ipar? No.
Kakak ipar? No.
Adik ipar? No.
Sepupu? No.
Yang tak ada hubungan saudara, lagilah No! Kecuali sama jantina la.
Malam ni malam raya.
Elok kiranya kita bertakbir raya. Tak gitu?
'Aidilfitri kali ni, buatlah perubahan. Yang sudah, jangan diulang.
Afdhalnya pada hari raya,
bukanlah "Selamat hari raya, maaf zahir batin", tapi
"Moga Allah menerima amalan kamu dan kita semua."
Moga menyambut Syawal dengan barakah serta mengikut Sunnah!
Moga menyambut Syawal dengan barakah serta mengikut Sunnah!




4 makian diterima:
pabila BADAR berbicara...
kau lhir buln syawal ker
yeap, lahir 7 Syawal. hehe
hi encem yg baju biru itu..
yg tengah solat tu-bakal anak soleh.. :)
Post a Comment