manakah syarat sah, dan bagaimana yang dikatakan syarat wajib.
Kenapa penting?
Supaya kita tahu apa yang perlu kita buat.
Supaya kita tak mudah menghukum orang lain jahil.
Supaya kita tak rasa benda yang kita buat semuanya betul.
Secara ringkas, rukun merupakan asas sesuatu ibadah.
Tak lengkap, tak sampai status ibadah, solat misalnya.
Jika tak baca Al-Fatihah, maka tak dikira solat bukan?
Syarat sah pula beberapa ciri yang membolehkan ibadah
itu dikira sebagai baik, cukup syarat, dan juga...err sah la.
Syarat wajib - ibadah dijatuhkan wajib ke atas siapa?
Untuk memudahkan, mari kita membuat bayangan ringkas.
Rukun ni bolehlah diandaikan sebagai bahan membuat rumah.
Syarat sah pula sebagai permit kebenaran membina rumah.
Syarat wajib dianggap sebagai tanggungjawab kepada pembina rumah.
Kalau tak ada bahan, macam mana nak bina rumah kan?
Tak cukup satu bata sekalipun, rumah tu akan berlubang!
Permit kebenaran diperlukan bagi memastikan rumah
yang dibina tu memenuhi piawaian keselamatan, sama ada
rumah tersebut lulus untuk diduduki dan tidak membahayakan nyawa.
Pembina rumah juga mestilah ditanggungjawabkan kepada yang
tertentu sahaja kan? Mestilah diberikan tanggungjawab tersebut
kepada yang mahir, dan tentunya yang berada dalam jadual bekerja.
Mereka yang bercuti, tak wajarlah dipanggil bekerja.
Anda bijak-bijak, mesti cepat tangkap kan!




0 makian diterima:
Post a Comment