Pengikut Belog

Monday, August 15, 2011

Adakah Saya Sesat?

Niat di hati dah tergerak nak menaip.
Dah tekan dah 'New Post', nak buat entri baru.
Tapi alih-alih masih memangkah, ditutup Tab itu.

Lemahnya semangat berblog bulan Ramadhan ni.


Masih ramai dalam kalangan kita yang tak dapat nak membezakan
antara perkara yang wajib, sunat, atau harus untuk dilakukan.


Kalaulah saya pergi ke surau, bersolat dengan memakai kemeja-T,
adakah saya sesat?

Kalaulah saya pergi ke surau, bersolat tanpa memakai kopiah,
adakah saya sesat?

Kalaulah saya bersolat di rumah tanpa sejadah,
adakah saya sesat?

Kalaulah saya perempuan, bersolat tanpa telekung,
adakah saya sesat?

Kalaulah saya bersolat tarawih di rumah bersendirian,
adakah saya sesat?

Kalaulah saya terbangun pada tengah malam dan tak buat qiyam,
adakah saya sesat?

Kalaulah saya buat 8 rakaat tarawih,
adakah saya sesat?

*Gambar hiasan










Jadi,
anda bagaimana?

















Masyarakat Melayu kita:
yang tak ikut sama 'budaya', bukanlah daripada kalangan mereka.



0 makian diterima:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Belog ini bukan tempat rujukan. Sila cari pakar dalam ahlinya apabila musykil tentang sesuatu. Gambar-gambar di sini juga ada diambil dan dipinjam daripada Google. Terima kasih kepada tuan-tuan punya gambar yang menyumbang di blog dan Google.