Pengikut Belog

Thursday, July 21, 2011

Touch n' Go

Ramai pengguna Touch n' Go zaman sekarang.
Ramai jugak yang jadi Touch n' Go zaman sekarang.

Anda tahu kan bagaimana Touch n' Go berfungsi?

Lalu, sentuh, blah.


Ini memang memudahkan apabila kita berada di lebuh raya mahupun
ketika menaiki bas, tren dan Rapid lain yang seangkatan dengannya.

Yang mengejutkan adalah kini Touch n' Go bukan sahaja boleh didapati
dalam bentuk kad, tetapi dalam bentuk manusia.

Touch n' Go bentuk manusia kebiasaannya berupa lelaki.
Stesen tolnya pastilah wanita.

Rata-rata masalah sosial remaja masa kini adalah dengan wujudnya
Touch n' Go versi manusia. Hal ini tidak dapat dibendung dengan kempen.
Pegi mampuslah sama kempen, cakap je reti, buatnya tidak.
Harap nak tunjuk muka pancing undi buat apa.

Bagaimana nak melunyaikan Touch n' Go versi manusia?

Janganlah jadi stesen tol.

Sori la kak, promote gambar akak je,
kebetulan ada kat Google, takde maksud lain tau.

4 makian diterima:

Widurifarhana said...

bukn stakat body contact je, sentuh hati pun tmasuk skali
touch n go. lol.

Wal said...

@farhana:

dah dapat blah aa.
haha ni sume keje sy***a. dia punya topik. :P

Amanina said...

touch n go sekarang ada style baru.

touch, WAIT, and go. :p

Wal said...

@hanis:

Macam berpengalaman? LOL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Belog ini bukan tempat rujukan. Sila cari pakar dalam ahlinya apabila musykil tentang sesuatu. Gambar-gambar di sini juga ada diambil dan dipinjam daripada Google. Terima kasih kepada tuan-tuan punya gambar yang menyumbang di blog dan Google.