Pengikut Belog

Saturday, July 23, 2011

Omputih Konon

Tak perlulah kita berlagak tunjuk lagak berbahasa Inggeris kalau:

1 - Menaip pun pakai bahasa rojak (campur Inggeris-Melayu)

2 - Tatabahasa pun tunggang-langgang


Ini bukannya proses demoralisasi atau tak menggalakkan anda semua
berbahasa Inggeris untuk meningkatkan keupayaan diri. Mencuba itu
baik dan perlu tetapi biarlah kena pada tempatnya.

Tak usahlah apabila menaip komen atau tweet,

"I think tak patut la dia buat daughter dia macam tu. Evil gila."

Yang membacanya pun perlahan sikit kan nak tangkap?
Lainlah kalau dia buat Italic, mudahlah sikit nak baca.


Apabila tatabahasa (grammar in English) pun tunggang-langgang, niat
sebenar yang nak jadikan komen tu ilmiah terus jadi sakit hati nak baca.

"Its happen when the pakcik shout..."


Maaflah, ini bukannya mencari kesalahan. Tapi cuma galakan untuk
berubah ke arah yang lebih baik. Bukankah baik jika kita sama-sama
sedar kesilapan sendiri?

Saranan saya, jika nak berbahasa Inggeris, silakan. Tapi taiplah ayat penuh
tu dengan bahasa Inggeris. Jangan campur aduk dengan bahasa Melayu.

Kalau nak berbahasa Melayu pulak, taipkan semuanya dalam bahasa
Melayu. Asingkan ayat bahasa Inggeris dan bahasa Melayu anda dalam
penulisan, baik komen, status, tweet, mahupun mesej di telefon bimbit.

Bukankah itu lebih baik?

8 makian diterima:

paah said...

baik pak cik syawal!

aku akan cuba untuk tidak menggunakan bahasa rojak. dan bahasa singkatan yang kadangkala merosakkan bahasa.

Wal said...

@paah:

Singkatan tu ok lagi.
Cuma jangan guna banyak sangat sampai orang tak paham sudah la.

The point is:
Don't make people reading yours annoyed.

Ratu Tak Cantik said...

salam..

ouch..terasa... :) hehe..tak boleh tahan diri sebab dah terbiasa kadang2 kalau tak jumpa perkataan dalam BM, main taram perkataan english yang ada dalam otak. Itu yang jadi rojak. sampai terbawa-bawa dalam penulisan..lagipun penulisan dalam bahasa rojak, kalau pada pandangan nisah even tak baik pun, dia buat kita rasa lebih mesra and santai dnegan pembaa. Tapi tak nafikan yang kadang2 ianya anoyying.oke bye!

Wal said...

@niesah:

Wsalam wbt.

Mesra pembaca tak ada masalah. Cuma main taram tu yg tak berapa okay. Kita berubah sama-sama, tak ada orang sempurna! :)

Kelon Eric Bana said...

bahasa english saya teruk. grammar saya tunggang langgang.

tapi saya tulis jugak, sebab ada sorang "sister" yang datang dan tolong betulkan.

1jja1912 said...

Bak kata Ustaz Hasrizal :

Pecah kaca, pecah gelas,
Rosak bahasa, nak baca pun malas!.

'Manglish' kata orang. Tapi memang tidak indah di halwa telinga. Tambah lagi jika orang yang baru saya kenal ber 'I' ber 'u'. Sungguh tidak sopan! Haisshhh..

arfah said...

baiklah...akan cuba untuk mengubah tabiat itu...terima kasih atas teguran yang baik ini... :)

Wal said...

Terima kasih atas teguran dan respons.

@kelon eric bana:
Mencuba tu tak salah. Keep it up!

@kak ijja:
Bila kita rasa dialog tu dah tak berapa sopan, kita nak sambung dengar pun tawar hati kan? Setuju 100%.

@arfah:
Teruskan usaha, moga niat terarah kebaikan. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Belog ini bukan tempat rujukan. Sila cari pakar dalam ahlinya apabila musykil tentang sesuatu. Gambar-gambar di sini juga ada diambil dan dipinjam daripada Google. Terima kasih kepada tuan-tuan punya gambar yang menyumbang di blog dan Google.