Pengikut Belog

Monday, July 25, 2011

3 Golongan Menjelang Ramadhan

Ramadhan kini kurang dari seminggu, menanti untuk menjengah kita.
Apa reaksi masing-masing?

Sepanjang pemerhatian dan penilaian saya, ada 3 golongan yang wujud
apabila menjelang Ramadhan.

GOLONGAN PERTAMA:

Mereka yang tinggi Iman.

Golongan ni sentiasa berusaha menjadikan setiap detik, setiap saat,
setiap minit, setiap jam, setiap hari sebagai peluang meningkatkan
amalan melalui segala bentuk ibadah yang mungkin.

Pendek kata, golongan ini meneruskan amalannya dalam bulan-bulan
sebelum Ramadhan, diperkuat pula dengan amalan tambahan. Tak
cukup dengan itu, rugi rasanya kalau ada masa terluang.


GOLONGAN KEDUA:

Mereka yang berusaha meningkatkan Iman.

Golongan ini berasakan Ramadhan kali ni merupakan peluang untuk
menebus kecacatan yang dilakukan pada Ramadhan-Ramadhan yang
lepas.


Sentiasa mengambil peluang untuk meningkatkan amalan yang jarang
dibuat pada bulan-bulan sebelum Ramadhan, di samping teruja dengan
suasana beribadah yang dihidupkan pada setiap malam.


GOLONGAN KETIGA:

Mereka yang lemah Iman.

Walaupun tidak dizahirkan bahawa mereka tidak menyukai kedatangan
Ramadhan, namun detik hati seperti "Penatlah puasa", "Leceh sikitlah
bulan puasa ni" atau "Cepatlah bulan 9, cepatlah bulan 9" dengan jelas
menggambarkan mereka tidak begitu mengalu-alukan kehadiran Ramadhan.

Ramadhan juga akan dijadikan alasan pengurangan produktiviti.
Maka adalah yang akan ponteng kerja, bangun lewat, rehat panjang,
tidur waktu bekerja dan curi tulang!

Ini sekadar pemerhatian dan analisis persendirian.
Hanya sebagai renungan dan pembaikian diri sebelum 1 Ramadhan.


Agaknya, kita dalam kumpulan keberapa?
Tepuk dada, tanyalah Iman! Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak!

1 makian diterima:

Kelon Eric Bana said...

bulan posa hang cuti blog ka?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Belog ini bukan tempat rujukan. Sila cari pakar dalam ahlinya apabila musykil tentang sesuatu. Gambar-gambar di sini juga ada diambil dan dipinjam daripada Google. Terima kasih kepada tuan-tuan punya gambar yang menyumbang di blog dan Google.